Wednesday, April 30, 2008

Prosiding Undang-Undang Uols...!!!


Hah uols... I nak berkongsi kisah ngan uols ni.. Cuber lah baca surat kat atas ni ... Mmg betul surat ni diposkan buat haku... Tapi Perkara yang diutarakan dalam surat ni dah buat haku baik hantu... Haku ingat nak bagi haku pinjaman lagi untuk haku sambung Master, tapi mmm.. surat lawyer dah sampai...

Ok nak dijadikan cerita, semalam haku dapat lah surat yang seperti di atas ni sebanyak dua salinan yer.. Bukan satu tapi dua, dalam envelope yang berlainan plak tuh.. Very the pejabat lawyer ni banyak hasil kan... Antara isi kandungan surat ni adalah mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN yang haku pinjam maser Diploma dulu... Ok, mmg benar haku dah pinjam RM 15 ribu maser diploma dulu.. (masalahnyer dorang yang suh bli borang permohonan PTPTN maser hari pertama haku melangkah kaki ke menara gading.. tanpa menyedari haku leh buat pinjaman daripada organisasi lain...), tiba time sambung Degree sah sah lah haku yang agak pintar ni terus sambung tanpa berehat satu semester kan...

Masalah dorang plak, nak kater haku tak reti nak bayar hutang. Mmg betul haku tak bayar even satu sen pon lagi kat PTPTN. Kerana apa? Kerana haku sedang sambung Degree haku kan.. So maknernyer haku tak bekerja lagi... dah sah-sah dulu kater akan tolak dari duit gaji.. So aper masalahnyer lagi..

Ok seterusnya, supposely kami sumer kena buat penangguhan bayaran bila dapat sambung degree hari tuh kan.. Yes, we have done all those thing.. Kami dah isi borang penangguhan bayaran yang kami perolehi dari pejabat Bendahari UiTM.. Dan yang paling penting, kami dah isi dan serahkan borang tersebut kepada pihak bendahari UiTM bersama-sama kepilan surat tawaran masuk degree...

And then, tetiba sepanjang dua tahun haku sambung degree memang slalu dapat surat peringatan daripada pihak PTPTN yang suruh bayar pinjaman.. Tapi haku terpikir.. bukanker haku dah buat pengguhan bayaran...??? Naper surat peringatan sampai kat haku 3 kali?? Matilahkan... Tapi haku n kwn2 haku sumer buat dono sbb dah terang2 kami dah buat penangguhan bayaran.. So aper lagi uols...?

Tup tup, dapat surat lawyer plak... Matilah haku dah bayangkan haku akan turun naik mahkamah dengan personaliti yang agak letop jugak kan.. Terasa macam org glamor yang kena heret ke mahkamah *berangan sekejap!

Naper boleh terjadi benda sumer ni uols? Hah last-last haku cam dapat terfikir aper motif serta perkara yang terselindung di sebalik kejadian ini... Haku dah buat penangguhan bayaran, tapi PTPTN tak dapat borang penangguhan tersebut... Maner pegi borang yang haku isi kat n anta kat bendahari hari tuh uols? Adakah, pihak bendahari UiTM tak hantar sumer borang2 penangguhan itu, atau pihak PTPTN yang tak reti membaca?? Jahat kan haku.. Tapi kenyataan uols... Kalau tak reti buat keje tak yah keje... Nyusah kan orang jer...

Aper yang nyusahkan uols? Hmm.. Lampi lah uols ni... Haruslah haku kena buat surat, satu surat akan dihantar ke pihak PTPTN yg menyatakan haku tgh sambung degree n tak bekerja, satu surat bagi kat RIZAL & CO pejabat lawyer ni bagi tahu n suruh mereka siasat ngan pihak bendahari UiTM, dan haku sendiri terpaksa pergi pejabat bendahari untuk tanya hal yang sebenar... Motif sgt kan...!!

Huh!! Bukan haku marah uols.. tapi tolong lah bertanggungjawab dengan tugas masing-masing, ini tak.. buat keje sambil lewa.. Surat lawyer ni nyatakan haku bersifat cuai... helloowww... haku tak bayar terus baru tahu sesuai ngan muka korang... Kalau haku cuia dorang 2 kali lebih cuai lagi ok...

So, disebabkan perkara serta kejadian diatas, haku harap pihak yang berkenaan ambil pusing perkara-perkara ini dan ambil serius supaya tak menyusahkan orang lain pada masa hadapan...

Akhir kater uols.. Adakah kita akan berjumpa di mahkamah?? We ols takuttt!!!

Zassssssss!!!


Thursday, December 6, 2007

Peluang Keemasan

"Masa Itu EMAS"

Bertemu lagi dalam entry yang seterusnya ini. Ok, hari ini saya nak berkongsi tentang PELUANG! Peluang apa? Pastinya jika anda membaca entry saya sebelum ini, tentu anda dapat mengagak peluang aper yang ingin saya perkatakan!!

Ya! tepat sekali, peluang untuk merubah masa depan anda. Sudah pasti kadangkala anda menghadapi maslah kewangan bukan?? Jgn nak tipu saya, kalau anda tidak pernah menghadapi kesukaran mempunyai wang yang mencukupi. Lain lah memang sejak lahir dah dihujani duit kan..?!

Pernahkan anda melalui situasi di mana anda terpaksa berkerja keras untuk memperoleh sejumlah wang? Itupun paras-paras hidung atau pun nyawa-nyawa ikan sahaja... Pernahkah pula anda sebagai seorang wanita terpaksa bangun 3 atau 4 pagi buat nasi lemak untuk dibuat jual? Itu pun kena bersaing ngan makcik-makcik jual nasi lemak yang lain. Anda seorang pelajar pula, pernahkah anda merungut PTPTN tak cukup sampai terpaksa loan dgn kengkawan?? PERNAH??

Tahukah anda jika anda terus membaca entry-entry yang saya tulis ini bakal merubah masa depan anda. Tapi bukan bereti sekelip mata anda akan jadi kaya.. Tidak... Saya di sini ingin berkongsi secara telus dan ikhlas bagaimana nak merubah nasib serta masa depan anda. Saya cuma ingin membantu.

Saya mengetahui peluang ini juga dari individu yang pernah buat benda yang baru saya nak buat nih.. Jangan lah pandang rendah kat saya plak.. Walaupun saya baru, insya'allah saya cuba memajukan diri serta membantu anda bagaimana memasuki zon yang lebih selesa dalam erti kata lain untuk jadi MEWAH!!

Ok. tanpa membebel lebih panjang lagi, saya ingin mengajak semua para pembaca bersama saya dalam merubah masa depan kita sendiri. Bagi yang ingin mengetahui cara serta peluang saya perkatakan tadi, boleh hubungi saya dengan cara;

SMS

Taip DUIT >jarak< NAMA >jarak< LOKASI

ke

017-2425420/017-2383056
Ezat/Ries

Beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Bagi yang masih ragu-ragu, teruskan membaca entry saya yang akan datang untuk maklumat seterusnya.


*Maklumat secara live lebih cepat dari maklumat di blogsite. Jangan terlambat.


©Ezat Osman

Wednesday, December 5, 2007

Titik-titik Permulaan

"Perjalanan seribu batu itu bermula dengan satu langkah..."

Bertemu lagi di entry yang kedua saya. Berpegang kepada peribahasa di atas, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya adakah saya ingin melakukan sesuatu yang baru. Langkah? Ke mana destinasi saya ya??

Ok> Tekaan anda tepat. Memang benar saya ingin melakukan sesuatu yang baru dan ingin memulakan perjalanan. Destinasi saya ialah ke arah kejayaan. Anda ingin berjaya?? Sudah semestinya bukan. Sape yang tak nak berjaya kan?? Tapi adakah anda akan berjaya? Atau pernahkan anda berjaya selepas gagal?? Persoalan saya.. Pernahkah anda gagal?? Saya sendiri, PERNAH!!! Gagal dalam apa tu yer?? Yang pastinya saya bukan gagal dalam pelajaran kerana saya telah berjaya ke menara gading malah akan menggenggam segulung Ijazah tahun hadapan.. Insya'allah...

Tapi ape kegagalan saya terdahulu?? Jawapannya.. Gagal dalam mencapai kesenangan hidup. Gagal mencapai kemewahan lah tuh!! Mengapa saya ingin mencari kemewahan?? Ye saya akui saya ingin mewah dalam segala aspek! Kerana saya sudah puas hidup dalam keserdahanaan. Tapi tidaklah sehingga tahap gila punya susah sampai boleh dicalonkan sebagai finalis BERSAMAMU..

Impian saya hari ini adalah untuk MEWAH. Mengapa? Saya ingin mengubah taraf hidup saya supaya memasuki zon kesenangan! Saya nekad!! Muktamad!! Uwwah!! Oleh itu senang sekiranya pembaca turut menanam impian untuk berjaya dan hidup lebih senang.

Saya ada rahsia nak bagi tahu korang sumer.. Aper dier..?? Adalah.. Nantikan entry seterusnya daripada saya yer...??


*Au Revoir!!!



*Au Revoir ialah frasa dalam bahasa Perancis yang membawa maksud , bye!!


©Ezat Osman

Tuesday, November 20, 2007

Perucapan Sulung

Selamat Datang

Assalamualaikum wbt dan Salam Mesra..

Sebenarnya, sudah kerap kali saya menulis blog, namunpun begitu saya rasakan blogsite-blogsite saya sebelum ini cuma sekadar suka-suka dan saya rasakan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menulis dengan lebih serius lagi.
Serius di sini bukanlah isi tulisan saya itu terlalu berat dan bakal memberatkan lagi penerimaan umum dengan cara penulisan saya. Saya sendiri tidak mahu membaca blog yang sarat dengan tulisan sehingga membuatkan saya terus keluar atau blah dari blog tersebut.
Saya akan cuba membawa pembaca blog saya ini ke arah yang lebih santai dalam penyampaian maklumat yang bakal saya masukkan sebgai entry di masa yang akan datang. Buat entry sulung ini, biarlah saya sedikit skema. saya mahu orang membaca blog ini dan serius apabila membacanya. Saya juga ingin semua pembaca enjoy sehingga ke tahap di mana mereka akan tersenyum simpul dengan penulisan saya yang akan datang.
Oleh itu, saya berharap anda semua terus melekat bersama saya kerana banyak info yang bakal saya hidangkan buat anda semua di blog site ini. Jangan ambil ringan dengan segala yang bakal saya paparkan dalam bolg ini.
Insya'allah, dengan kesabaran serta kerja keras saya membina blogsite ini bakal memberi pulangan yang berharga bukan saja kepada diri saya tetapi buat anda semua juga.

"Bulat air kerana empangan, Bulat kata kerana muafakat"

Dengan berpegang kepada peribahasa itu, saya berharap kita dapat berkerja sama dalam berkongsi idea dan panduan bagi memajukan diri kita dan pada semua.

Salam mesra daripada saya,

©Ezat Osman